Penat dah cuba macam-macam tapi masih tak kurus!
Jangan cakap jenis diet, jenis olahraga, dan macam-macam jenis cara dah Al cuba untuk kembalikan berat badan yang Al nak. Tapi masih juga tak berjaya. Kadang-kadang dapat turun 1 kg sahaja, itu pun Al dah puas hati. Tapi kalau dah makan sikit nanti, berat terus naik dengan cepat. Lebih-lebih lagi masa 'Jepun melawat' memang kita lantak je, especially makanan manis, mak aii, yang penting bahagia ye tak??
Kesimpulannya memang susah betul nak kawal, makin lama, bila dah malas nak ambik peduli, end up berat badan kita terus naik dengan sakannya!
Semuanya Mulai Berubah
Namun semuanya berubah setelah Al sedar ajaibnya Rozel mulai bertindak pada tubuh badan Al.
Sebenarnya Al dengan Rozel dah berkawan lama dah. Hihi. Sejak Al kecil, mak Al memang ada tanam Rozel dekat kebun. Kalau tak silap, Al pernah sekali pergi tolong mak kutip buah rozel ni. Warnanya sangat cantik, terang dan bentuknya seakan merupai bunga ros. Korang boleh tengok gambar yang Al pungut dari google ni. Cantik kan?
Selalunya mak akan buat jus dan hampasnya akan diolah menjadi jem yang sangat sedap.
Mulanya Minum untuk Suka-suka Sahaja
Dulu-dulu, Al selalu minum jus rozel suka-suka sahaja. Tak kerap dan patinya selalu memang tak habis dan terpaksa dibuang setelah mencapai jangka hayat yang sewajarnya. Maklumlah, bahan segar, tak ada bubuh pengawet, memang tak tahan macam produk kat pasaraya.
Suatu hari tu, Al selsema dan batuk berpanjangan. Al bukanlah orang yang suka makan ubat. Jadi Al ambil inisiatif utk amalkan jus rozel kerana jus rozel memang kaya dengan vitamin C untuk menguatkan sistem imunisasi tubuh.
Masa tu tak ada stok rozel dekat rumah, jadi Al terpaksa pesan kat kawan untuk beli dekat pasar minggu di Kuching.
Tak sangka selepas seminggu, Al mulai sembuh dan berat badan semakin menurun.
MASIH TAK PERCAYA?
Mulanya Al rasa mungkin sebab sakit, berat badan akan menurun. Tapi Al tetap sangsi dan meneruskan perjuangan. Setelah amalkan rozel selama 2 minggu, berat badan mulai susut, boroi dekat bahagian perut pun kelihatan berkurangan. Daripada 63kg, boleh pula turun sehingga 57kg, tanpa bersenam dan diet.
Yang buat Al lebih teruja, masalah sembelit pun berkurangan. Toksid dalam badan pun dapat keluar dengan mudah.
Jadi, anda nak cuba?
Ini cara yang Al amalkan.
TIPS
TIPS
Sediakan segelas air rozel berkhasiat = 1sudu makan pati rozel dan campurkan ke dalam 1 gelas air putih.
Amalkan sekali sebelum sarapan dan sekali lagi sebelum tidur.
Tapi Al sarankan, kalau nak lebih cantik dan sihat, jangan lupa
minumlah air putih yang secukupnya untuk membantu proses pembuangan toksid dari badan.
Pilih 1 aktiviti bersenam untuk membentuk tubuh badan agar kekal fit.
Jika anda malas untuk bersenam, sekurang-kurangnya lakukanlah regangan untuk merehatkan tubuh badan dari seharian bekerja. Bukan sahaja itu, ianya dapat membantu anda untuk menarik nafas yang panjang bagi membebaskan aura negatif di dalam badan. Fikiran yang positif akan mencerminkan keseluruhan personaliti anda, iaitu, cantik di luar dan dalam.


No comments:
Post a Comment